Pakej RANGSANGAN SELANGOR PRIHATIN (COVID-19)
Pakej RANGSANGAN SELANGOR PRIHATIN merupakan bantuan kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban rakyat ketika negara dilanda wabak COVID-19.
Pakej RANGSANGAN SELANGOR PRIHATIN merupakan bantuan kerajaan Negeri Selangor bagi meringankan beban rakyat ketika negara dilanda wabak COVID-19.
Skim ini akan membiayai kos rawatan kesihatan asas kepada 250 ribu keluarga atau 1 juta rakyat Selangor berpendapatan isi rumah di bawah RM2,000 sebulan (keluarga) atau RM1,500 sebulan (individu).
Skim PEDULI SIHAT PENJAWAT AWAM (PSPA) membolehkan Penjawat Awam Kerajaan Negeri Selangor Gred 44 dan ke bawah untuk menerima rawatan kesihatan dan perubatan daripada hospital panel (hospital swasta).
Skim Rawatan Jantung Negeri Selangor menawarkan khidmat rawatan jantung secara percuma kepada golongan berpendapatan rendah.
Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).
Perak Prihatin merupakan sebuah program kebajikan yang dikhususkan bagi golongan yang kurang berkemampuan (Golongan B40). Program ini bertujuan mengurangkan kos sara hidup mereka dalam bentuk bantuan kewangan kepada rawatan kesihatan dan pembelian barangan asas dan rawatan kesihatan.
Program Kasih Ibu Darul Aman (KIDA) ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas dan rawatan kesihatan. Ini merupakan Inisiatif Peduli Rakyat oleh kerajaan Negeri Kedah mensasarkan mereka dari isi rumah berpendapatan rendah (Golongan B40).
Program Kad Sejahtera ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan perubatan asas klinik swasta untuk rakyat Negeri Terengganu.
Selcare Management bertindak sebagai TPA (Third Party Administrator) yang menyediakan kemudahan rawatan kesihatan tanpa tunai (“cashless”) kepada organisasi/syarikat korporat ke seluruh rangkaian panel klinik & hospital swasta berdaftar di seluruh Malaysia.
Selcare Management Sdn Bhd